Sinopsis Drama Mencintaimu Mr. Photographer
Sinopsis Drama Mencintaimu Mr. Photographer|NANTIKAN drama akan datang adaptasi novel 'Mencintaimu Mr. Photographer' karya Emma Mariam yang akan menyaksikan gandingan utama Syafiq Kyle dan Hannah Delisha. Drama bersiri terbitan MIG Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Eyra Rahman. Bakal disiarkan di saluran Astro Ria pada bulan Julai nanti.
JUDUL : MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER
TARIKH / MASA : 3 Julai 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123
PENULIS NOVEL : Emma Mariam
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : MIG Productions Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marisa Yasmin, Ariz Lufias, Aishah Azman, Amy Mastura, Elvina Chua, Ikmal Amry
WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Jemy
Hannah Delisha sebagai Aira Qaisara
Arash Mohd sebagai Tan Sri Megat
Marisa Yasmin senbagai Marlia
SINOPSIS MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER
Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.
“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy
Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira
Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.
“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.
Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.
Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?

esaited btol nak tggu drama ni. huhu
ReplyDelete