Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu (ASTRO)



Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu (ASTRO)|NANTIKAN drama terbaru berjudul Lafazkan Kalimah Cintamu adaptasi novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah yang akan bersiaran menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Diterajui pelakon hebat seperti Farid Kamil dan Nelydia Senrose. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Along Kamaludin dibawah terbitan SR One Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Lafaz Kalimah Cintamu (ASTRO)

Judul : LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
Tarikh/Masa : 15 Januari 2018
Episod: 32
Siaran : Astro Ria 104 & Ria HD 132
Penulis Novel: Siti Rosmizah
Pengarah : Along Kamaludin
Terbitan : SR One Sdn Bhd
Pelakon : Farid Kamil, Nelydia Senrose, Nadiyah Shahab, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nur Qistina Raisah, Azri Iskandar, Imam Shah, Liza Abdullah

Watak Pelakon:
Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasya
Azri Iskandar sebagai Tengku Hisham
Liza Abdullah sebagai Tengku Azreena

Sinopsis:

Mengisahkan Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings.

Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? 

No comments

Powered by Blogger.