Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita



Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita|NANTIKAN drama terbaru berjudul 'Tiada Arah Jodoh Kita' adaptasi dari novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Bakal dibarisi pelakon seperti Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail dan Erwin Dawson. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd.

Baca juga:
👉 Lirik Lagu Ippo Hafiz - Rahsia Tuhan OST Tiada Arah Jodoh Kita

Sinopsis Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Judul : TIADA ARAH JODOH KITA
Tarikh Tayangan: 13 Februari 2018
Hari/Masa : Isnin-Khamis, 7.00 malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Penulis Novel : Ezza Mysara
Pengarah : Eoon Shuhaini
Terbitan : Primeworks Studios Sdn Bhd
Pelakon : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Farisha Irwayu, Alis Mariya, Azar Azmi, Aleza Shadan, Rania

Watak Pelakon:
Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
Livonia Ricky sebagai Nur
Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
Azar Azmi sebagai Ain
Dian P. Ramlee sebagai Hajah Hamidah
Farisha Irwayu sebagai Hajah Mariani
Aleza Shadan sebagai Puan Maznah

Sinopsis:

Mengisahkan ketabahan watak Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Kredit Foto: Myinfotaip

No comments

Powered by Blogger.