Sinopsis Drama Isteri Untuk Diiktiraf (TV1)
Sinopsis Drama Isteri Untuk Diiktiraf (TV1)|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul 'Isteri Untuk Diiktiraf' yang merupakan adaptasi daripada novel karya Nurfaza Alisya. Dibintangi pelakon seperti Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly dan ramai lagi. Drama ini merupakan terbitan oleh JS Pictures Sdn Bhd dan dibawah arahan Azman Yahya.
Judul : ISTERI UNTUK DIIKTIRAF
Jumlah Episod : 30
Tarikh Tayangan : 16 Mei 2018
Waktu Siaran : Isnin-Ahad, 7 malam
Siaran TV : Slot Widuri TV1 (RTM)
Penulis Novel : Nurfaza Alisya
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh, Ariff Aziz, Azar Azmi, Tengku Zara, Sharifah Shahora
Watak Pelakon:
Redza Rosli sebagai Tengku Wildan
Elvina Mohamad sebagai Safiyya
Janna Nick sebagai Ana Julia
Dayana Roza sebagai Tengku Bella Donna
Shah Jaszle sebagai Tengku Wafie
Azar Azmi sebagai Haryanti
Sweet Qismina sebagai Tengku Widya
Sheila Rusly sebagai Puan Sri Raja Mona
Arash Mohd sebagai Tan Sri Tengku Hairie
Sharifah Shahora sebagai Tengku Salmah
Tengku Zara sebagai Tengku Tania
Roslan Saleh sebagai Tok Aki
Ariff Aziz sebagai Rafiq
Sinopsis:
Mengisahkan watak Safiyya dan Tengku Wildan yang disatukan atas pilihan keluarga. Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.
Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati.
Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang mengusai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.
Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?

Post a Comment