Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Sesegar Nailofar



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Sesegar Nailofar|NANTIKAN drama terbaru adaptasi novel Sesegar Nailofar karya Zaid Akhtar. Bakal digandingkan pelakon utama seperti Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Aishah Azman dan Kodi Rasheed. Drama terbitan produksi NS Star Studio ini diarahkan oleh Amor Rizan.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Sesegar Nailofar

JUDUL : SESEGAR NAILOFAR
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Jumaat-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri TV1 (RTM)
PENULIS NOVEL : Zaid Akhtar
PENGARAH : Amor Rizan
TERBITAN : NS Star Studio
PELAKON : Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Aishah Azman, Kodi Rasheed, Zarina Zainuddin, Inas Sofea, Naszeli Ngasri, Nelissa Edreena, Shahriza Mahmud, Leeza Zain

WATAK PELAKON:

Erwin Dawson sebagai Iqbal
Hanna Aqeela sebagai Hazwani
Aishah Azman sebagai Salsabila
Kodi Rasheed sebagai Nazim

SINOPSIS:

Hubungan persahabatan antara Iqbal dan Salsabila terjalin sejak zaman persekolahan lagi. Salsabila kagum dengan kebijaksanaan Iqbal dalam pelajaran dan pada masa sama bertanggungjawab terhadap ibu dan adik kembarnya, Marisa.

Ibu Salsabila, Shahera seringkali menekankan kepadanya supaya mencari jodoh dalam kalangan keturunan Sargoff. Dalam diam dia merancang dengan kakaknya, Zaiton mahu menjodohkan Salsabila dengan Nazim, anak Zaiton yang baru menamatkan pengajian dari England. Salsabila menolak dalam diam kerana dia dan Iqbal mula saling menyayangi.


Di Mesir Iqbal bertemu Hazwani, kawan baik Marisa dan Ghufron yang sama-sama belajar di Mesir. Berlaku kejadian yang membuatkan hubungan Iqbal dan Hazwni menjadi rapat. Pada masa sama Iqbal seringkali menerima kiriman email daripada seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Nailofar yang membuatkan dirinya tertanya-tanya siapakah gerangan penama tersebut.


Pada hari pertama perkahwinan, Salsabila terkejut dengan sikap Nazim yang baran dan kasar. Perkara itu disampaikan kepada ibunya namun dia dituduh mengadakan cerita. Iqbal terus menerima kiriman email Nailofar dan ayat yang digunakan sama seperti yang diucapkan Hazwani. Iqbal bertemu Hazwani untuk meminta penjelasan serta pengakuannya tentang identiti Nailofar. Akhirnya Hazwani mengaku tentang email tersebut.


Iqbal pula ke Malaysia dan bekerja di pejabat agama. Manakala Hazwani menjadi pensyarah di universiti yang sama dengan Salsabila mengajar. Mereka mesra sebagai rakan sekerja. Iqbal dan Hazwani pula akhirnya selamat menjadi suami isteri.

Hazwani meminta Salsabila menceritakan masalahnya bila melihat kesan lebam di muka kawannya itu. Salsabila yang sudah tidak tahan dipukul Nazim akhirnya memberitahu perkara sebenar. Hazwani meminta Salsabila mengadukan kepada pejabat agama. Di situlah Iqbal bertemu semula dengan Salsabila. Hazwani terkejut mengetahui Salsabila merupakan bekas kekasih suaminya.


Kejadian itu membuka hati Hazwani untuk menerima kehadiran Salsabila dalam hidup mereka. Apakah Hazwani rela menerima Salsabila sebagai madunya? 

No comments

Powered by Blogger.