Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Biar Jadi Kaktus



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Biar Jadi Kaktus|NANTIKAN drama terbaru yang merupakan adaptasi novel Biar Jadi Kaktus karya Iffa Zalia yang bakal ditayangkan di TV2 bermula 24 Julai, setiap Isnin hingga Khamis pukul 8:30 malam. Menampilkan lakonan seperti Uqasha Senrose, Atoi Tohet, Syafiq Sahli, Shakilla Khoriri, Sahronizam Noor, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Zila Bakarin, Afzan A. Rahman, Aman Graseka dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Dato Ahmad Tarmimi Siregar dan terbitan dibawah Wardah Communication Sdn Bhd.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Biar Jadi Kaktus

JUDUL : BIAR JADI KAKTUS
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 8:30 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS NOVEL : Iffa Zalia
PENULIS SKRIP : Adza Nasyaemie Adenan
PENGARAH : Dato Ahmad Tarmimi Siregar
PRODUKSI : Wardah Communication Sdn Bhd
PELAKON : Uqasha Senrose, Atoi Tohet, Syafiq Sahli, Shakilla Khoriri, Sahronizam Noor, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Zila Bakarin, Afzan A. Rahman, Aman Graseka, Kenji Sawahii, Juita Johari, Ismail Yaacob, Ucop Cecupak, Noralbaniah, Qistina Raisah

WATAK PELAKON

Uqasha Senrose sebagai Shakila / Shakira
Atoi Tohet sebagai  Firdaus
Syafiq Sahli sebagai Azlan.
Shakilla Khoriri sebagai Seha
Sahronizam Noor sebagai Pak babu
Dato Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Datuk Murad
Aman Graseka sebagai Tengku Amir
Kenji Sawahii sebagai Dato Idris Leong
Qistina Raisah sebagai Syakila

SINOPSIS:

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

No comments

Powered by Blogger.