Sinopsis Drama Skrin Sentuh Hati Eryna



Sinopsis Drama Skrin Sentuh Hati Eryna|NANTIKAN drama bersiri berjudul Skrin Sentuh Hati Eryna yang bakal ditayangkan pada 27 Julai 2019, setiap Khamis hingga Ahad pukul 7 malam di TV1. Menampilkan lakonan hebat Nazeera Sardi dan Naufal Hatta sebagai teraju utama. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Zek Zukri dan terbitan dibawah Bright Network Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Skrin Sentuh Hati Eryna

JUDUL : SKRIN SENTUH HATI ERYNA
EPISOD : 13 episod
TARIKH : 27 Julai - 17 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Khamis - Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot widuri TV1
PENULIS SKRIP : Che Li
PENGARAH : Zek Zukri
PRODUKSI : Bright Network Sdn Bhd
PELAKON : Nazeera Sardi, Naufal Hatta, Jasmin Hamid, Kuza, Faralyna Idris, Safwan Idris, Mak Wan, Tina Rasid, Fanna Azizan

WATAK PELAKON
Nazeera Sardi sebagai Eryna
Naufal Hatta sebagai Fattah
Jasmin Hamid sebagai Helena
Kuza sebagai Nur Kasih
Faralyna Idris sebagai Eisya Zulaikha
Safwan Idris sebagai Faizal
Tina Rasid sebagai Amy
Mak Wan sebagai Mariam
Fanna Azizan sebagai Hanis
Muhangku sebagai Khusyairi
Che Mat Rajalawak sebagai Fendi

SINOPSIS:

Memaparkan konflik kekeluargaan seorang anak kepada ibunya dan juga konflik percintaan yang dipenuhi muslihat dan dendam.

Eryna anak tunggal Datin Helena, ahli perniagaan berjaya yang telah jatuh hati Fendi namun dihalang oleh Datin Helena kerana tidak mahu anaknya dipergunakan Fendy. Demi Fendy, Eryna telah tinggalkan rumah dan memutuskan persahabatannya dengan kawan baiknya, Anis. Satu hari Eryna mula rasa ditipu dan menyesal kerana mengabaikan nasihat ibu dan rakannya.

Sementara itu Ustaz Fattah adalah guru agama yang baru pulang dari Yaman dan mengajar Al-Quran di masjid. Dia didekati oleh Ustazah Eisya yang mahu menyertai kelas Al-Quran itu. Ustaz Fattah dan keluarganya berhasrat membuka sebuah pusat pengajian Al-Quran dengan pengurusan yang lebih teratur dan modul yang berkualiti. Mereka membeli bangunan dan Ustaz Fattah mendapat sokongan penuh dari ibu dan abangnya yang sangat yakin setelah Ustaz Fattah membina nama dan reputasi dari media sosial.

Sejak perkenalan dengan Fattah, Eryna mula memberi sepenuh perhatian kepada dirinya dan syarikatnya. Dia menunjukkan minatnya terhadap Ustaz Fattah namun tiada respon yang positif sehinggalah Eryna bertudung bagi menarik perhatiannya. Malangnya, Ustaz Fattah seringkali lebih mementingkan perbincangan tentang kelas Al-Quran bersama Ustazah Eisya.

Eryna cuba menunjukkan bahawa dia telah berubah namun Helena yakin ia hanyalah luaran semata-mata. Eryna dan Ustaz Fattah semakin akrab dan mesra setelah kerap bertemu. Eryna meyakinkan ibunya dan rakan-rakan bahawa dia sudah berhijrah. Ustaz Fattah pula menafikan yang dia telah jatuh cinta dengan Eryna tanpa dia sedari bahawa ibunya sedang mengaturkan dia dengan Ustazah Eisya. Fendy pula kembali menghantui hidup Eryna dan mahu merosakkan hubungannya dengan Ustaz Fattah. 

No comments

Powered by Blogger.