Sinopsis Drama Seadanya Aku (TV3)



Sinopsis Drama Seadanya Aku (TV3)|NANTIKAN drama terbaru yang juga merupakan adaptasi novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya bakal bersiaran di slot Akasia TV3. Menampilkan semula gandingan pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi sebagai teraju utama. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dan terbitan dibawah Country Universal Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Seadanya Aku (TV3)

JUDUL : SEADANYA AKU
TARIKH TAYANGAN : 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Rissa Ahdiya
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Ainina Ahmad

WATAK PELAKON:

Zara Zya sebagai Aufiya
Azlee Khairi sebagai Zarul
Elvina Mohamad sebagai Wina
Dayana Roza sebagai Zureen
Redza Rosli sebagai Taufik
Sharifah Husna sebagai Eliza
Fadlan Hazim sebagai Hadi

SINOPSIS:

Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu.

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai.

Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka.

No comments

Powered by Blogger.